02 May 2013

12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sop ingin berkongsi 12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok yang diambil dari poster Kementerian Kesihatan. Dia lebih kepada peringatan untuk diri sendiri :)

12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok
12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok
Berikut adalah 12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok:
  1. Melengah-lengahkan - Tunggu 5 minit atau katakan nanti dulu
  2. Menarik nafas panjang - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air - Minum air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri - Dari tempat orang merokok
  6. Mengelakkan diri - Dari suasana atau tempat orang merokok
  7. Mengunyah sesuatu - Seperti gula-gula atau buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot - Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Meditasi
  12. Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


EmoticonEmoticon