02 April 2013

Toyota Vios - kereta pelbagai guna

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tajuk entry seperti promosi kereta Toyota Vios sahaja bukan? Entry ini hanya berkongsi Sop sebagai pengguna Toyota Vios yang dipelbagai gunakan. Siapa sangka Toyota Vios boleh jadi lori? Huhuhu
Kejadian yang baru sahaja berlaku (masih suam-suam kuku) yang mana kami telah membeli barangan untuk memasang karbinet dapur sepanjang 8". Seperti biasa, barangan yang jenis pasang-pasang ini mesti dibeli di IKEA. Boleh jimat banyak jika angkut dan pasang sendiri.

Setelah membuat pembelian, tiba masa untuk membawa balik. Barangan lain tiada masalah tetapi papan atas karbinet yang menjadi masalah kerana panjangnya 8". Kami terpaksa memasukkan papan tersebut dari bonet belakang hingga ke kerusi depan. Cukup-cukup sahaja ruang tersebut.

Selesai memasukkan barangan yang dibeli timbul lagi satu masalah iaitu Mrs Sop, Azfar, Azwar dan Auni belum lagi masuk kereta sedangkan semua kerusi kereta sudah dilipat kecuali kerusi pemandu.
Hendak telefon bantuan rakan atau saudara mara hari pula telah tengah malam. Ketika itu jam hampir jam 11.00 malam.

Nak atau tidak terpaksa sumbat seperti tin sardin juga. Badan semua jadi flexsible untuk boleh duduk di mana-mana dan ruang besar mana. Huhuhu

Alhamdulillah kami selamat sampai. Memang bawa perlahan betul malam tersebut kerana kenderaan melebihi muatan.

Pesanan Sop, jangan tiru perbuatan ini jika anda sayang kereta anda :)

2 comments:

  1. Seronok anak ko SOP. tp bahaya la bro. Nasib baik mak mentua aku dtg umah. bleh pinjam Avanza die. Klo x mana aku nk sumbat 2.2 meter worktop aku tu. aku pun pakai vios gak. anak blom ramai. blum plan nk bli mpv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bahaya tp kecemasan
      guna mana ada yg ada.. hahaha
      thx bro

      Delete


EmoticonEmoticon