03 April 2013

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan di Restoran Hayaki?
Bagi yang pernah singgah di Restoran Hayaki, pasti tahu apa itu Restoran Hayaki :)

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Jadi model Restoran Hayaki... huhuh
Restoran Hayaki bukan restoran makan Jepun walaupun nama seperti Bahasa Jepun. Ia adalah restoran atau kopitiam Kelantan :)

Restoran Hayaki menggunakan konsep kopitiam ini tidak berbeza dengan kopitiam lain dari segi design, servis, harga dan menu cuba terdapat beberapa menu tambahan seperti nasi dagang, pukut,  nasi bungkus dan menu Kelantan yang lain.

Sop paling suka di Restoran Hayaki ialah nasi bungkus ayam goreng, Memang sedap! Pertama kali merasainya kemudian terus melekat :)

Pada hari tersebut, Mrs Sop cuba nasi dagang tetapi sedikit tidak puas hati kerana nasi agak keras. Mungkin telah kering atau kurang masak. Mohon pihak Restoran Hayaki mengambil perhatian perkara ini.

Restoran Hayaki memiliki beberapa cawangan dan restoran utamanya terletak di Kelantan.

Jika anda belum lagi pernah singgah ke Restoran Hayaki ini, pastikan anda mencubainya :)

Galeri gambar:
Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Restoran yang bersih dan kemas

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Menilik menu yang disediakan

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Nampak tangan Auni pilih apa? huhuh

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Sudah pilih, sila tulis sendiri :)

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Cawangan Restoran Hayaki

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Sila tekan bell kalau tiada pelayan.. huhuh

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Jemput minum :)

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Nasi bungkus yang ringkas tetapi sedap

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Betul2-betul bungkus tau.. hehhee

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Nasi dagang ikan tongkol Kelantan

Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Anak-anak suka makan roti sahaja :)
Peta untuk ke Restoran Hayaki Danau Kota:


Lihat Peta yang Lebih Besar

1 comment:

  1. Alhamdulillah, dapat pergi makan dengan anak-anak. Orang kat sini dah mengecur air liur tau! :3

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon