05 April 2013

Promosi set cadar beserta comforter 70% + 10%

Jualan murah happy hour! Hanya 30 minit sahaja! Siapa cepat dia dapat!

Selepas 30 minit, kedengaran lagi promosi happy hour. Adus! Marketing strategi yang mantap.

Adakah betul harga promosi happy hour?
Atau hanya taktik pemasaran?
Tanpa happy hours pun masih boleh dapat diskaun 70% dan percuma bantal!

Dengan teknik promosi happy hours, pelanggan berpusu-pusu membelinya kerana merasakan harga cukup murah dan tidak mahu lepaskan peluang tersebut.

Kami pun ada beli tetapi bukan promosi happy hours kerana tidak berkenan dengan corak yang dijual. Set cadar dan comforter anak juga dibeli dengan diskaun 50%.

Sekarang berlangsung Aeon Fiesta di Jaya Jusco. Harga tawaran sama seperti jualan murah masa lain. Huhuhu

Agaknya boleh guna teknik happy hours pada blog untuk tarik pengunjung?


EmoticonEmoticon