25 April 2013

Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh?
Bagi warga Ipoh, Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh cukup popular sehingga orang luar dari Ipoh sendiri tahu tentang Nasi Kandar Ayam Merah ini. Ada beberapa nama diberikan kepada Nasi Kandar Ayam Merah ini seperti 'nasi ganja' dan 'wangee'.

Sop baru pertama kali singgah untuk mencuba Nasi Kandar Ayam Merah ini. Sebelum ini semasa hadir ke Ipoh, pernah ke restoran tersebut tetapi beratut panjang! Terpaksa kami batalkan niat untuk singgah dan makan.

Kali ini kali ke restoran tersebut lebih awal. Jam 11.00 pagi telah sampai ke restoran. Ingatkan kami pelanggan yang tetapi pengunjung telah ada. Datang awal lebih selesa kerana pelanggan belum lagi ramai :)

Menariknya Nasi Kandar Ayam Merah ini ialah ia terletak di restoran Cina yang mana wujud integrasi antara 2 peniaga. Pemilik restoran hanya menjual minuman manakala mamak menjual Nasi Kandar Ayam Merah.

Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh menyediakan pelbagai jenis lauk pauk nasi kandar tetapi paling popular ialah set nasi kandar ayam merah. Sop hanya memilih set biasa nasi kandar ayam merah.

Kenapa Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh cukup popular?
Ia mempunyai tarikan yang tersendiri yang mana pelanggan sanggup beratur panjang untuk makan. Mestilah sedap bukan? Jika makan kenyang, lepas itu anda pasti rasa mengantuk! Huhuhu

Kepada yang belum lagi cuba Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh ini, pastikan anda singgah jika ke Ipoh.


EmoticonEmoticon