01 April 2013

Menang bidaan jam di Lelong.com.my

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah membida barangan di Lelong.com.my?
Sop dulu-dulu ada juga beberapa kali dapat memang bidaan di Lelong.com.my jika betul-betul ingin beli barang. Sebelum ini ada juga beli jam di Lelong.com.my.

Dalam entry sebelum ini, Sop ada bercerita tentang Sop sedang mencari jam tangan di internet. Setelah tidak mendapat di laman mudah.my, akhirnya Sop mencari di laman Lelong.com.my pula. Sop hanya membuat bidaan yang dalam bajet sahaja.

Membuat bidaan memang seronok tetapi pastikan bajet yang kita hendak adalah sesuai. Jika melebihi dari bajet, baik berhenti walaupun kalah. Huhuhu

Banyak barangan yang dijual dan juga untuk bidaan. Cari sahaja apa barangan yang hendak, kemungkinan besar ada :)

Namun begitu, banyak juga barangan yang dijual adalah barangan replika atau look like seperti jam tangan, tablet, minyak wangi dan telefon bimbit.

Kebanyakkan peniaga di Lelong.com.my akan menyatakan spesifikasi barangan dengan lengkap dan pastikan pembeli atau pembida membaca betul-betul penerangan tersebut.

Biasanya pembida seronok dengan harga tawaran yang bermula dengan RM1. Harga permulaan yang cukup rendah tetapi pembida sangat ramai. Semasa melawan harga sangat menyeronokkan. Kadang-kala was-was juga adakah harga yang dibida adalah kawan mereka untuk pastikan harga sentiasa naik!

Pembida juga perlu pastikan harga bajet termasuk dengan kos penghantaran. Ini kerana kos penghantaran adalah sangat tinggi tidak berbaloi dengan barangan yang dijual. Ini kerana mereka mengambil untung dari kos penghantaran. Contohnya jam tangan, kos pada pandangan Sop untuk Pos Laju hanya RM5-8 sahaja tetapi peniaga di Lelong.com.my mengenakan kos penghantaran RM25.

Belian dan bidaan di Lelong.com.my rasa lebih selamat kerana setiap profil peniaga boleh diberi respon oleh pembeli. Pihak Lelong.com.my juga sentiasa mengambil berat sistem bidaan mereka dan memastikan peniaga dan pelanggan adalah tulin. Mana yang mendapat feedback negatif akan diblok aksesnya. Malah peniaga atau pengguna perlu membuat pengesahan nombor telefon atau nombor kad pengenalan.

Jam tangan yang Sop menang bidaan ialah jenama Seiko. Dekat penerangan jam tangan dinyatakan tulen. Apabila diterima seperti replika gred baik kerana tiada kad warenty disediakan. Namun Sop masih berpuas hati kerana harga yang dimenangi tidak tinggi dan jam tangan sangat cantik seperti dalam gambar di laman Lelong.com.my.

Kalau tidak tulen pun tetapi boleh tahan 1 tahun, itu kira memadai :)


EmoticonEmoticon