09 April 2013

Kerahan tenaga mengangkut barang IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry sebelum ini, Sop ada bercerita tentang menggunakan kereta Toyota Vios untuk mengangkut barang. Kisah tersebut bukan berakhir di situ sahaja yang mana selepas membawa balik, kerja seterusnya ialah mengangkut dari kereta ke rumah pula. Jarak dari liff ke rumah boleh tahan juga. Walaupun mempunyai hero-hero tetapi hero masih kecil. Belum mempunyai kuasa seperti Superman untuk mengangkat semuanya. Hanya boleh bantu mengangkat barang-barang kecil sahaja.

Walaupun hanya boleh membawa barang-barang kecil tetapi ia cukup membantu sendikit sebanyak lancarkan urusan mengangkat barangan :)

Ini adalah barang yang Sop beli dari IKEA untuk projek karbinet dapur rumah Sop. Apabila menggunakan pengangkutan sendiri, semua kena angkut sendiri :) Sedikit jimat tetapi penat. Huhuhu Jika menggunakan perkhidmatan penghantaran IKEA, kos tidak terlalu mahal untuk sekitar Kuala Lumpur tetapi masa untuk penghantaran yang agak lama. Mungkin perlu makan masa 4 atau 5 hari kerana jumlah penghantaran yang banyak.

Jika boleh bawa balik sendiri, kenapa hendak perlu lama?
Sedikit penat, anggap sahaja sebagai satu senaman.. Hehehe

Ingin tahu bagaimana bentuk kabinet dapur yang Sop beli?
Ikuti dalam entry seterusnya nanti yang mana proses pemasangan dibuat :)

Galeri gambar:

Jauh tak? Huhuh

Beberapa punggahan perlu dilakukan

Papan yang paling berat

Kena jadi kuat :)

Tidak larat angkat, tolak sahaja lah

Auni pun tolong? Tolong tengok! Hehehe


EmoticonEmoticon