23 April 2013

Berada di Heritage Hotel Ipoh

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah singgah di Heritage Hotel Ipoh?
Ini adalah kali kedua Sop berada di Heritage Hotel Ipoh ini. Kali pertama Sop berada di Heritage Hotel Ipoh ini ialah pada 2 tahun lepas. Lama sudah bukan?

Keadaan masih sama di Heritage Hotel Ipoh ini jika dibandingkan dengan 2 tahun lepas.

Sop suka dengan Heritage Hotel Ipoh ini kerana hotel yang bersih dan selesa. Bilik hotel juga luas dan kemudahan asas disediakan seperti LCD TV, Mini bar, jug air panas, sejadah dan sofa.

Sterika disediakan tetapi perlu mohon melalui housekeeping. Hanya setengah jam sahaja diberikan dan selepas itu housekeeping akan membuat panggilan untuk mengambil kembali. Tidak boleh tinggal sahaja sehingga kami check out? Huhuhu

WiFi di Heritage Hotel Ipoh adalah berbayar. Anda perlukan login ID untuk akses internet. Sungguh tidak bagus bukan? Huhuhu

Untuk maklumat lanjut mengenai Heritage Hotel Ipoh, sila layari www.heritage.com.my


EmoticonEmoticon