21 April 2013

Auni pandai naik tangga!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bayi selepas pandai berjalan, langkah seterusnya yang akan mereka suka ialah memanjat!

Auni sekarang ini telah boleh memanjat bendul, tebing dan tangga. Pantang jumpa pasti akan memanjat! Namun atas dasar keselamatan, kami sentiasa berwaspada.

Tangga lipat ini Sop simpan dalam bilik pelbagai barang. Macam-macam ada! Biasanya Azfar dan Azwar masuk mencari barang mereka. Ketika itulah Auni juga akan menyelinap masuk. Tangga yang ada tersimpan itu akan dicari oleh Auni untuk panjat! Sudah boleh berdiri atas tangga yang pertama! Terkejut kami kerana risaukan keselamatan Auni!

Lepas ini terpaksa sorok lebih jauh tangga tersebut. Takut terlepas menyelinap masuk dan panjat tangga tersebut tanpa pengawasan. Huhuhu


EmoticonEmoticon