Auni jadi kontraktor cilik
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Berminat dengan kerja-kerja pertukangan?
Anak-anak Sop semuanya berminat dengan kerja-kerja pertukangan. Mungkin minat diterima daripada Sop kot?
Oleh kerana itu, setiap kali projek pertukangan semua ingin membantu. Masing-masing teruja hendak pasang dan buat!
Biasalah anak lelaki mesti suka bukan?
Anak perempuan juga tidak lari dari berminat kerja-kerja pertukangan ini. Auni yang baru berusia 11 bulan pun sama teruja dengan abang-abang dia.
Sop sendiri tidak sangka Auni boleh ambil skru drive dan cuba ketatkan skru. Masa Sop buat projek pertukangan ini, setiap masa Auni akan datang menolong sehingga terpaksa dikuarantin dalam bilik :)
Jika dapat sahaja skru driver, jangan sesiapa ambil dari tangan Auni. Mengamuk dia. Huhuhu
Ada bakat jadi kontraktor tak agak-agak?
ha'ah la Auni nampak berbakat sangat dalam pertukangan.. tapi tu la kena pantau masa dia nak bantu kan.. :)
ReplyDelete