Tips memilih kasut bayi belajar berjalan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
![]() |
Nak bukak kasut ni... |
Bagi bayi yang baru belajar berjalan, berkaki ayam lebih selesa. Ini kerana dengan adanya kasut, imbangan kaki bayi kurang baik dan kawalan lebih sukar.
Ini yang terjadi kepada Baby Auni apabila dipakaikan kasut untuk berjalan. Baby Auni bukan sahaja tidak selesa tetapi turut berminat dengan hiasan yang ada pada kasut tersebut.
Buat masa ini, Baby Auni mempunyai 3 pasang kasut tetapi hanya satu sahaja yang paling sesuai untuk pakai berjalan.
Sepasang kasut kurang pakai kerana mudah sangat tertanggal apabila berjalan dan ia sangat membahayakan kaki bayi yang mungkin terseliuh. Sepasang lagi pula tapak terlalu lembik sehingga sukar untuk mengawal kaki dan membentuk tapak kaki. Struktur kasut yang baik boleh membantu bayi mengimbangi badan.
Berikut adalah tips pemilihan kasut bayi:
# Saiz yang sesuai - tidak terlalu ketat dan terlalu longgar
# Mudah untuk dipakai dan dibuka
# Tapak yang rata - untuk membantu mengimbangi badan
# Tapak yang tidak licin - untuk menjamin keselamatan ketika berjalan
# Struktur kasut yang sesuai - keselesaan adalah lebih penting dari design dan boleh menyokong kaki
# Mudah untuk dipakai dan dibuka
# Tapak yang rata - untuk membantu mengimbangi badan
# Tapak yang tidak licin - untuk menjamin keselamatan ketika berjalan
# Struktur kasut yang sesuai - keselesaan adalah lebih penting dari design dan boleh menyokong kaki
Latihan adalah penting untuk memastikan anak biasa dengan kasut. Apabila boleh berjalan, pasti anak ingin bebas berjalan. Di dalam rumah, mungkin kasut tidak diperlukan tetapi apabila berada di luar rumah pasti perlu memakai kasut bukan?
Semoga dengan memakai kasut, anak-anak akan boleh berjalan dengan lebih baik :)
![]() |
Ada apa atas kasut ni? |
![]() |
Try berjalan... |
![]() |
Alamak! susah lah.. huhu |
EmoticonEmoticon