13 March 2013

Sultan Of Science - Terokai Dunia Sains Islam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered

"Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered" atau Terokai Dunia Sains Islam adalah pameran pendidikan yang sedang berlangsung di Petrosains bermula 15 Disember 2012 hingga 15 Jun 2013 di Petrosains KLCC. Pameran ini menampilkan ciptaan dan penemuan saintifik yang dilakukan oleh cendikiawan Muslim ketika kemuncak tamadun Islam.

Pameran Sultan of Science memberikan pengalaman yang unik bagi pengunjung untuk mendapat maklumat mendalam tentang asas sains yang telah diketemui oleh cendikiawan Muslim masa lalu.

Sultan of Science adalah pameran yang telah menjelajah dunia bagi meraikan sumbangan cendekiawan Muslim pada zaman kegemilangan Dunia Islam (700-1700SM) serta pengaruh penemuan mereka yang memberi inspirasi terhadap ciptaan pada zaman moden. Pameran ini turut menjelaskan asas zaman Renaissance di Eropah yang mungkin berinspirasikan pencapaian cendekiawan Muslim yang bukan sahaja cemerlang dalam penyelidikan teori tetapi aplikasi sains juga.

Sungguh menarik apabila mengetahui kebanyakkan penemuan dan ciptaan terkenal yang dikaitkan dengan saintis-saintis barat rupanya telah ditemui terlebih dahulu oleh cendekiawan Muslim. Contohnya Abbas Ibn Firnas seorang pakar dalam pelbagai bidang dari Sepanyol adalah manusia pertama yang melakukan penerbangan pada 880SM dengan menggunakan peluncur yang diperbuat daripada buluh, fabrik dan pelepah burung helang manakala Hazarfen Ahmad Celebi seorang saintis penerbangan berbangsa Turki yang berjaya melakukan penerbangan tanpa tenaga dengan stabil pada abad ke 17.

Pameran Sultan of Science ini akan memberi inspirasi kepada sesiapa yang berkunjung ke Petrosains. Ini adalah peluang terbaik untuk kanak-kanak, ibupada, murid-murid, guru-guru dan sesiapa sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan. Banyak maklumat yang mungkin anda tidak jumpa boleh didapati di pameran ini.

Waktu Pameran adalah seperti berikut:
Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat - 9.30 pagi hingga 5.30 petang
Sabtu, Ahad dan cuti umum - 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Isnin tutup kecuali cuti umum

Untuk maklumat tiket, sila layari www.petrosains.com.my kerana terdapat pakej-pakej yang menarik disediakan untuk pameran Sultans of Science dan Petrosains.

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered
Laluan pintu masuk

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered
Mesin automatik

Penerangan tentang jam matahari

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered
Sistem kincir air

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered
Penerbangan pertama

Kompas Islam

Sultans Of Science - Islamic Science Rediscovered
Alatan pergigian
Sertai peraduan untuk menang hadiah menarik! Lawat di sini (LINK) untuk maklumat lanjut

1 comment:

  1. eh.ada lagi rupanya pameran ni..ingat dah habis dah..huhu..sampai bulan jun..okay la sempat..hehe

    ReplyDelete

EmoticonEmoticon