06 March 2013

Skrin komputer dicalarkan Azwar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Skrin LCD komputer sekarang ini sangat sensetif berbanding dulu yang mana mudah bercalar.

Azwar mempunyai sedikit masalah dengan suka mencalarkan benda. LCD Komputer bukan benda pertama dicalarkan oleh Azwar yang mana sebelum ini tinted cermin kereta belakang telah dicalarkan menggunakan dawai konkot dan dashboard kereta atuk dengan jatum.

Sop tidak pasti kenapa Azwar suka sangat mencalarkan benda. Mungkin buat uji kaji sirim kot? Huhuhu

Skrin LCD komputer ini milik Pak Su mereka telah dicalarkan menggunakan jarum. Nasib baik Azwar tidak cucuk untuk menguji cecair yang ada dalam skrin tersebut. Jika tidak, kenalah ganti skrin tersebut. Setakat calar masih boleh digunakan tetapi menjadi cacat apabila melihatnya tercalar-balar :)

Amaran keras telah diberikan kepada Azwar untuk tidak diulangi perbuatan tersebut :)


EmoticonEmoticon