04 March 2013

Siapa ahli Jaya Jusco?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa ahli Jaya Jusco?
Sop pasti ramai yang tidak melepaskan peluang menjadi ahli Jaya Jusco kerana banyak kelebihannya.

Ini bukanlah entry promosi Jaya Jusco tetapi sekadar Segmen Tanya Anda yang mana mencari berapa ramai pelawat blog ini adalah ahli Jaya Jusco.

Sop suka dengan sistem keahlian Jaya Jusco ini kerana boleh nampak banyak kelebihan yang diterima seperti berikut:

# Sistem mata ganjaran untuk tebus baucer
# Hari jualan ahli
# Diskaun istimewa ahli
# Parkir 3 jam percuma
# Promosi istimewa ahli

Jaya Jusco menjadi tempat kegemaran ramai antaranya kerana ia bersih, selesa, banyak pilihan dan harga berpatutan. Terdapat tawaran istimewa yang kadang kala sangat murah berbanding harga biasa. Barangan yang dijual juga pelbagai dari produk pasar, kelengkapan rumah, elektrik, makanan, pakaian dan sebagainya. Pendek kata jika ke Jaya Jusco boleh dapat kesemua barang yang diperlukan.

Malah kanak-kanak suka ke Jaya Jusco kerana terdapat pusat permainan kanak-kanak.

Paling penting, disamping berbelanja ahli boleh kumpul mata ganjaran. Mata ganjaran boleh ditukar kepada barangan atau baucer. Oleh sebab itu, ramai yang berbelanja di Jaya Jusco untuk mengumpul mata ganjaran.

Agak-agak ada tak yang belum menjadi ahli Jaya Jusco? (Kecuali kawasan mereka tiada Jaya Jusco) Huhuhu


EmoticonEmoticon