Review link sebelum klik semasa blogwalking
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Permohonan rakan blogger |
Dalam dunia blogger, kotak mesej atau shoutbox menjadi tumpuan kaki spam mempromosikan link mereka. Ini kerana kotak mesej atau shoutbox adalah medan para blogger berkongsi link untuk aktiviti blogwalking. Oleh sebab banjiran link spam yang melampau, ramai blogger yang mula tidak menggunakan kotak mesej atau shoutbox ini.
Untuk mengatasi masalah spam ini, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan seperti penggunaan pengesahan perkataan pada kotak mesej atau shoutbox dan banned IP atau user. Tetapi dengan cara membuat pengesahan perkataan akan merimaskan para blogger pula.
Paling mudah ialah dengan lebih peka sebelum klik link yang ditinggalkan di kotak mesej atau shoutbox. Caranya dengan letak mouse pointer pada user atau nama dan review URL akan dipaparkan. Sekiranya link yang ditinggalkan adalah URL selain dari domain blog seperti URL shortened, link iklan, link pelik dan lain-lain, elakkan dari klik dan lawat link tersebut.
Mudah sahaja bukan?
Kadang-kala spammer akan menggunakan nama-nama yang biasa rakan-rakan guna dan akan tinggalkan mesej menarik dan biasa kaki blogwalking gunakan. Oleh itu, sentiasa review link yang ditinggalkan untuk elak dari klik link spam!
Artikel lain "Fikir sebelum klik" bercerita tentang iklan jahat.
View link dipaparkan di bawah sebelah kiri (IE) |
Link diapaparkan di bawah sebelah kiri (Chrome) |
EmoticonEmoticon