Rakan bermain Azfar dan Azwar
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Rakan bermain pasti diperlukan oleh anak-anak untuk bersosial dan riadah. Apabila mempunyai rakan, aktiviti bermain yang dijalankan lebih menarik dan menyeronokkan.
Apabila bersekolah, anak-anak akan lebih mahir bersosial dan berkawan. Untuk itu adalah penting untuk membenarkan anak-anak bermain dengan rakan sebaya.
Ini adalah rakan Azfar dan Azwar bermain setiap petang. Azwar yang hanya bersekolah pagi akan turun menemani Sop menunggu Azfar balik dari sekolah sempat untuk bermain dengan 2 rakan pra sekolahnya.
Selepas Azfar balik, jumlah kawan bermain akan bertambah dengan abang kepada rakan Azwar sertai juga. Permainan yang biasa dimainkan ialah bola sepak.
Walaupun sekejab, sekurang-kurangnya sempat bermain seketika. Azwar biasa akan menolak untuk balik jika sudah bermain. Padahal badan sudah berpeluh seperti berlari 10km. Huhuhu
Semasa bermain, Sop akan memerhati sepenuhnya mereka bermain. Keselamatan juga perlu dijaga. Lainlah di kampung dulu-dulu tidak perlu risau tentang keselamatan walaupun bermain di sepelusuk kampung. Huhuhu
Anda masih ingat rakan-rakan bermain anda masa kecil dulu?
EmoticonEmoticon