Bina watermark gambar dengan Kigo Image Converter
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Ingin letak watermark pada gambar anda dengan mudah?
Terdapat banyak aplikasi yang menyediakan kemudahan untuk meletak watermark pada gambar. Malah ada website yang turut menyediakan kemudahan membina watermark pada gambar. Bezanya ialah ada yang perlu banyak langkah atau jumlah gambar terhad dalam satu-satu masa. Biasanya aplikasi yang mudah dan baik adalah jenis berbayar.
Bina watermark gambar dengan Kigo Image Converter |
Sop sentiasa menggunakan aplikasi Kigo Image Converter untuk memasukkan watermark pada gambar sebelum dimuat naik ke blog. Sop suka dengan Kigo Image Converter kerana banyak ciri-ciri yang menarik seperti berikut:
- Ringkas dan mudah
- Boleh simpan dalam pelbagai jenis format
- Boleh ubah saiz gambar
- Boleh secara pukal
- Boleh review sebelum conver
- Boleh guna teks atau gambar sebagai watermark
- dan banyak lagi
Setakat ini, Sop sangat berpuas hati dengan Kigo Image Converter. Paling penting, ia adalah perisian PERCUMA :)
Untuk maklumat lanjut atau ingin muat turun Kigo Image Converter, sila layari di sini.
EmoticonEmoticon