31 March 2013

Auni sudah pandai memanjat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kemaskini perkembangan Auni terkini yang telah pandai memanjat pula. Perkembangan yang baik tetapi merisaukan kami :)

Sejak pandai memanjat, semua tempat yang boleh dipanjat akan dipanjat Auni. Biasanya katil akan naik dan turun dengan sendiri. Kami yang risau takut melompat-lompat di atas katil!

Kerusi pun sama, apabila boleh panjat berdiri pula atas kerusi tersebut! Kami memang tidak boleh biarkan Auni sekarang ini.

Perkara baiknya, jika Auni bangun tidur dari sofa atau katil, kami tidak perlu risau kerana Auni telah pandai turun sendiri :)


EmoticonEmoticon