09 March 2013

Anda pernah makan Satey Ikan?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Satey ikan adalah kegemaran Sop masa kecil-kecil dulu. Jika ada sahaja pakcik yang menjual satey ikan tersebut pasti berlari mendapatkan duit untuk membeli satey ikan.

Dulu di kampung Sop, pakcik yang menjual satey ikan ini menyediakan 2 jenis kuah iaitu kuah manis dan kuah pedas. Masa kanak-kanak, kuah manis akan menjadi pilihan. Biasanya setelah habis satey, kuah-kuah satey ikan turut dihirup sehingga habis.

Semasa itu, harga secucuk satey ikan ialah 10 sen. Biasanya Sop dapat beli sebanyak 5 cucuk atau beberapa cucuk. Lihat berapa banyak duit yang ada. Kadang kala dapat duit jual botol kicap banyak sedikit, boleh la beli lebih sedikit. Huhuhu

Setelah sekian lama tidak merasai kesedapan satey ikan, hari ini Sop berpeluang kembali. Semalam Azfar ada beli ketika balik dari sekolah tetapi tidak sempat rasa. Hari ini ada sekolah ganti, jadi kami menunggu Azfar di tepi sekolah. Kelihatan penjual satey ikan telah ada menanti pelanggan.

Setelah ditanya, harga secukup satey ikan ialah 20 sen. Sop terus memesan sehanyak RM 5. Cukuplah untuk makan 4 orang. Kalau beli banyak takut tidak sedap, rugi juga bukan?

Rupanya bukan Sop sahaja suka satey ikan, tetapi semu ahli keluarga termasuk Auni (rasa sikit jer.. huhu) Azfar dan Azwar sangat suka Satey Ikan. Entah berapa banyak dorang makan kerana masing-masing sibuk menikmati satey ikan tersebut :)

Anda suka makan satey ikan?


EmoticonEmoticon