05 February 2013

Tips beli laptop secondhand dari internet

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Netbook Toshiba NB305
Sedang mencari laptop?
Jika ada duit lebih, adalah baik membeli laptop yang baru. Namun jika tiada duit banyak macam Sop, bolehlah beli secondhand sahaja. Huhuhu

Laptop Sop pakai sekarang masih tiada masalah dan boleh digunapakai dengan baik tetapi terpaksa beli netbook kerana untuk mendapat laptop yang lebih ringan. Bila semakin tua, semakin malas hendak mengangkat laptop berat. Kekuatan makin kurang!! (Huhuhu alasan)

Keinginan membeli netbook bertambah apabila Mrs Sop telah beli beg laptop yang tidak boleh memuatkan laptop sedia ada. Padahal laptop sedia ada hanya bersaiz 13" tetapi masih tidak muat. Poket untuk letak laptop sangat kecil dan hanya boleh memuatkan laptop 10" sahaja. Dalam masa yang sama, dapat sedikit duit dari Google Adsense. Boleh tambah sedikit untuk ringankan beban beli netbook tersebut :)

Membeli laptop secondhand ada risiko juga kerana tidak semua penjual adalah jujur dan baik. Ada yang cuba mengambil kesempatan dan menipu.

Berikut adalah tips yang boleh diambil perhatian semasa membeli laptop secondhand terutama dari internet:
  • Lihat tawaran harga yang terbaik. Jika mahal, baik beli baru bukan? Sila semak dengan harga pasaran.
  • Buat perbandingan harga dengan tawaran lain untuk mendapat harga pasaran.
  • Melihat gambaran keadaan laptop melalui gambar
  • Rujuk penerangan yang diberikan denan teliti
  • Pastikan laptop berfungsi sepenuhnya dan baik
  • Pastikan bateri masih baik
  • Semua alatan asas tersedia seperti wayer charger
  • Elakkan dari menggunakan belian pos
  • COD - Cash On Delivery sangat penting untuk testing
  • Cuba sepuas-puasnya sehingga betul-betul berpuas hati
  • Adakan perjumpaan di tempat awam dan sesuai
  • Bawa rakan yang lebih berpengetahuan jika anda kurang yakin

Tips yang dikongsi hanya pandangan Sop semata-mata. Tidak semestinya terbaik dan betul. Sila nyatakan pandangan anda jika kurang setuju :)

Kebanyakkan gambar yang dipaparkan dalam iklan biasanya lebih cantik berbanding sebenar. Sop suka tengok dan beli di forum Lowyat.net keran penjual biasanya siap bagi gambar asal, tempat-tempat calar dan penerangan yang jelas :)

2 comments:

  1. nak juga cari ..sbb xmampu nak yg baru kan jadi nak yg 2nd hand la

    ReplyDelete
    Replies
    1. secondhand pun ok tp kena cari yang elok2
      jangan sampai tertipu pula yer :)

      Delete


EmoticonEmoticon