27 February 2013

Sakit leher yang masih tidak hilang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah mengalami masalah sakit leher?
Sop baru pertama kali mengalami masalah sakit leher ini. Sebelum ini biasanya lenguh-lenguh sahaja tetapi kali agak teruk kerana beberapa hari masih tidak hilang.

Sop telah ke pusat urut orang buta untuk berurut tetapi masih tidak sembuh. Sop kemudiannya ke pusat urut Thai pula tetapi masih juga tidak sembuh. Oleh kerana sakit semakin kuat, akhirnya Sop terpaksa ke klinik untuk mendapat rawatan lain.

Hasil pemeriksaan, doktor merasakan bahu Sop mengalami masalah otot berseliuh dan mungkin bengkak. Mengurut tidak menghilangkan sakit kerana otot tersebut telah bengkak. Untuk mengatasi masalah tersebut, doktor cadangkan mengambil satu suntikan. Suntikan ini boleh mengurangkan bengkak dan doktor juga berikan ubat tahan sakit.

Selepas sehari berehat, rasa sakit sedikit berkurangan tetapi masih ada rasa sakit bahu tersebut. Sekarang masih rasa sakit leher apabila menoleh atau pandang ke bawah.

Doakan agak Sop sembuh cepat. Rasa macam robot pula apabila terpaksa menoleh sekali dengan badan. Huhu


EmoticonEmoticon