Pantai Chendering perlukan pembangunan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pantai Chendering terkenal dengan pantai yang cantik dan menarik. Sejak dulu lagi menjadi tempat untuk Sop berkelah dan mandi manda. Pantai yang memiliki pasir yang putih ini sesuai untuk mandi manda kerana pantainya yang landai dan tidak berbahaya.
Sejak kecil jika adakan aktiviti mandi pantai pasti akan ke Pantai Chendering yang terletak di belakang SK Chendering ini. Aktiviti yang biasa Sop lakukan selain mandi manda ialah mencari kepah dan menangkap ketam.
Sekarang ini Pantai Chendering masih cantik tetapi perlukan pembangunan dan perlukan kemudahan. Paling asas ialah tong sampah. Banyak sampah dibuang merata-rata kerana tiada tempat pembuangan sampah. Malah banyak sampah yang terdapar di tepi pantai kerana pembuangan sampah yang merata-rata.
Diharap juga ada tandas yang dibina di sekitar kawasan pantai tersebut untuk kemudahan asas.
Jika kawasan Pantai Chendering ini dibangunkan, potensi pelancongan sangat baik. Boleh dijadikan kawasan rekreasi yang sangat menarik!
Semoga kerajaan Negeri Terengganu melihat perkara ini untuk menambah lebih banyak tempat menarik di Kuala Terengganu :)
EmoticonEmoticon