Nasi Teppanyaki di Restoran Mr Teppanyaki
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Restoran Mr Teppanyaki |
Pernah makan di Restoran Mr Teppanyaki?
Sop ada makan beberapa kali sahaja di Restoran Teppanyaki ini. Bukan minat sangat dengan makanan Jepun tetapi sekadar mencuba. Sekali sekala makan sedap juga bukan?
Terdapat banyak menu yang ditawarkan, tetapi Sop hanya biasa makan nasi Teppanyaki sahaja. Terdapat beberapa jenis nasi Teppanyaki iaitu sotong, daging, ayam dan salmon. Jika pertama kali makan, rasa agak pelik juga kerana ia sangat berbeza dengan nasi menu orang Melayu :)
Susah juga hendak cerita bagaimana rasa nasi Teppanyaki ini ini. Ia dihidang dengan nasi, sayur togeh dan pilihan sotong, daging, ayam dan salmon. Terdapat kicap dan sop cili disediakan untuk tambahan rasa.
Uniknya Restoran Mr Teppanyaki ialah anda boleh berada di depan tukang masak untuk melihat masakan anda di masak.
Restoran Mr Teppanyaki terdapat dibanyak kompleks membeli-belah. Jika anda belum lagi mencuba menu di Restoran Mr Teppanyaki, sila-sila singgah untuk mencubanya :)
Galeri gambar:
byk taugeh je :-)
ReplyDeleteBetul tu.. mesti biasa makan ni bro
ReplyDeleteBoleh panggil nasi taugeh kan? Hehehe
Thx bro