14 February 2013

Kisah Azwar di kejar ayam jantan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ayam jantan yang kejar Azwar
Pernah kena kejar dengan ayam?
Mungkin pengalaman biasa bagi yang pernah tinggal di kampung :)

Biasa yang suka mengejar manusia ialah ibu ayam yang ada anak kecil, ayam belanda, angsa dan sebagainya. Sop pernah melalui dikejar ayam belanda, angsa dan ibu ayam.

Baru-baru ini, Azwar melalui pengalaman dikejar ayam jantan semasa berjalan ke rumah abang Sop. Rumah abang Sop tidak jauh dari rumah ibubapa Sop dan Azwar hanya boleh pergi dan balik berjalan kaki sahaja.

Pada petang tersebut, sedang Azwar ke rumah abang Sop tetiba Azwar berlari ketakutan pulang. Sop yang melihat Azwar terus mendapatkannya yang kelihatan ketakutan. Apabila ditanya rupanya ayam telah mengejarnya. Sop ingat ibu ayam tetapi ayam jantan yang sangat garang. Macam tidak percaya ayam jantan boleh kejar orang! Sop pergi melihat ayam tersebut tetapi tidak pula kejar Sop. Sempat ambil gambar sahaja. Huhuhu

Apabila diceritakan kepada Mak Sop baru tahu yang ayam jantan tersebut memang garang. Beberapa orang telah dikejarnya malah Mak Sop sendiri pernah dikejar ayam ditersebut.

Pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan oleh Azwar sehingga ke tua. Huhuhu


EmoticonEmoticon