24 February 2013

Kidzooona Mini - Pusat Permainan Kanak-Kanak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kidzooona Mini - Pusat Permainan Kanak-Kanak
Kidzooona Mini
Pernah dengar Kidzooona Mini?
Kidzooona Mini merupakan pusat permainan kanak-kanak milik Jaya Jusco. Sekarang ini, Sop lihat banyak pusat permainan Jaya Jusco yang dibuka selain dari Fantasy Word yang dibuka dalam premis Jaya Jusco seperti di Festival City dan lain-lain.

Kidzooona Mini ini baru sahaja dibuka di Aeon Jaya Jusco Setiawangsa. Ia berada di kawasan kedai luar Jaya Jusco. Sop baru jumpa tadi semasa meronda di sekitar kedai-kedai tersebut.

Kidzooona Mini ini menyediakan pelbagai jenis mainan yang menarik kepada kanak-kanak. Kawasan Kidzooona Mini ini juga luas dan bersih. Kanak-kanak pasti teruja berada di dalam Kidzooona dan gembira bermain dengan permainan yang disediakan. Azfar dan Azwar ingin mencuba tetapi malangnya terdapat tempahan untuk parti hari lahir dari jam 12.00 hingga 2.00 petang. Kami hanya mampu lihat dari luar cermin sahaja.

Kadar yang dikenakan juga berpatutan ialah seperti berikut:
  • RM 5 untuk hari biasa
  • RM 10 untuk hari minggu dan cuti umum

Kadar tersebut ialah untuk sekali masuk (sehari).

Bagi ibubapa yang ingin bershopping dengan tenang, bolehlah tinggal anak-anak bermain di sini atau memberi peluang untuk anak-anak bermain.


EmoticonEmoticon