20 February 2013

Keselamatan bayi baru belajar berjalan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ibubapa mana yang tidak gembira melihat perkembangan anak setiap hari? Setiap perkara baru yang dapat bayi pelajari mengikut perkembangan bayi pasti mengembirakan ibubapa.

Entry sebelum ini ada Sop menyatakan yang Baby Auni telah boleh bangun dan berjalan sendiri. Peringkat sekarang ialah Baby Auni sedang giat berlatih untuk berjalan. Setiap masa akan bangun dan berjalan ke sana dan ke sini.

Ketika ini, keselamatan bayi sangat penting kerana bayi belum boleh sepenuhnya berjalan. Banyak aspek yang boleh membahayakan bayi jika berlaku sedikit kesilapan.

Malam tadi, Baby Auni telah terhantuk pada meja rak TV rumah Sop. Ketika itu, Baby Auni cuba berjalan dan hendak mencapai meja tetapi telah jatuh sebelum sampai. Bucu yang agak tajam sangat membahayakan bayi. Akibat hantukkan tersebut, dahi Baby Auni telah merah!

Semasa proses ini, banyak benda yang berbahaya terpaksa disimpan atau halang bayi dari bermain di tempat tersebut. Kes berlaku kepada Baby Auni tadi ialah Sop tidak sempat menghalang dari Baby Auni ke situ. Biasanya Baby Auni berjalan ke sofa atau ke arah orang yang ada di sekitar beliau.

Barang-barang juga dielakkan berada di atas lantai seperti permainan atau sebagainya. Jika terpijak pasti bayi akan jatuh dan sangat berbahaya jika jatuh dengan tidak bersedia. Lantai juga perlu sentiasa kering untuk mengelak dari lantai licin.

Oleh kerana boleh berjalan, pergerakan bayi lajubdan boleh berjalan ke merata dengan mudah. Pengawasan lebih ketat perlu dilakukan untuk mengelak kemalangan. Kita perlu banyak beri sokongan dan membuat banyak pengawasan ketika belajar berjalan.

Setakat ini, Baby Auni semakin mahir berjalan. Perkembangan yang mengembirakan tetapi dalam masa yang sama lebih risau kerana Baby Auni akan lebih aktif. Huhuhu

2 comments:


EmoticonEmoticon