19 January 2013

Riadah bowling di Wangsa Bowl

Selamat sejahtera kepada rakan.

Bowling bukan sahaja salah satu jenis sukan tetapi juga terapi untuk membentuk psikomotor kanak-kanak juga. Malah orang dewasa juga boleh menguji kemahiran imbangan dan balingan agar semua pin dapat dijatuhkan.

Bermain bowling bukan perkara mudah walaupun nampak senang. Tidak kena gaya, bukan sahaja pin semua tidak jatuh tetapi bola bowling akan masuk longkang.

Agak lama kami tidak bermain menyebabkan prestasi agak teruk! Azfar dan Azwar banyak masuk longkang dari terkena pin. Sop sendiri hanya mampu strike sekali sahaja dan lainnya semua spare dan tidak habis jatuh pin. Adalah penting untuk selalu bermain untuk kekalkan hala tuju balingan.

Wangsa Bowl yang terletak di Wangsa Walk agak mahal kos bermain tetapi tempat adalah selesa. Jika hendak berlatih lebih banyak, penting memilih waktu promosi seperti early bird promosi dan sebagainya. Jika tidak, kos agak tinggi untuk bermain bowling.

Anda suka main bowling?

Galeri gambar:

2 comments:

  1. :) bestnya dpt main. Kita lgsg tak reti main. Asyik masuk longkang je pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk longkang tu biasa baby sbb tu dia buat longkang.. hehehe
      Jom la main sama nanti.. hehehe
      Thx baby

      Delete


EmoticonEmoticon