05 January 2013

Jom ke IKEA Malaysia cuci mata

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Agak lama Sop tidak bercerita tentang IKEA Malaysia kerana lama juga tidak ke sana. Sebelum ini setiap bulan perlu ke sana kerana ada projek dengan IKEA. Sejak tamat projek pada bulan 9, kali terakhir Sop pergi untuk mendapatkan barang karbinet dapur pada bulan 10.


Hari ini baru berpeluang ke IKEA Malaysia untuk cuci mata dan dapatkan sedikit barang-barang bilik Azfar dan Azwar. Kami bercadang hendak hias sedikit bilik mereka supaya sesuai dengan suasana belajar. Maklum sahaja Azfar telah darjah 1 dan Azwar pula pra sekolah, sudah sesuai mereka ada meja study masing-masing.


Beberapa barang perlu dibeli di IKEA Malaysia untuk kelengkapan bilik Azfar dan Azwar. Apa barang tersebut? Tunggu dalam entry seterusnya.


Hari ini ramai sunggu pengunjung di IKEA Malaysia. Kami tiba jam 11.30 pagi, ruang parking kereta telah hampir penuh. Pada tengah hari, lagi ramai pengunjung yang tiba.


Setiap kali datang ke IKEA Malaysia, itulah keadaan yang perlu dihadapi oleh pengunjung. Bukan IKEA Malaysia sempit tetapi pengunjung yang terlalu ramai.


Tips bagi yang hendak mengelak keadaan ini ialah datang ke IKEA Malaysia di awal pagi. Datang jam 9.00 pagi adalah waktu paling sesuai :)


2 comments:

  1. Lama dah xg IKEA tu.. Dlu ada la skali pergi mcm2 brg rumah beli. Tapi dah lama x ke KL sana tu jd xde la.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi mmg byk brg yg berkenan dihati.. heheehe
      Tjc baby

      Delete


EmoticonEmoticon