02 January 2013

Hari pertama Azfar bersekolah tahun 1



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih ingat mula-mula bersekolah tahun 1?
Sop masih ingat yang mana mak Sop menghantar ke sekolah dan melihat Sop bersekolah pada hari pertama. Ketika itu, ada rakan murid yang menangis ketika ke sekolah dan tidak mahu masuk ke kelas.

Pada hari pertama, ibubapa boleh menemani anak-anak dengan berada di luar kelas. Sop masih ingat mak Sop menjenguk-jenguk di tepi tingkap.

Sekarang giliran Sop pula menghantar anak ke sekolah untuk hari pertama. Perlu melihat bagaimana keadaan Azfar. Perlu urus pengangkutan ke sekolah. Perlu lihat bagaimana Azfar ke kantin.

Ibubapa mana tidak risau hari pertama anak bersekolah bukan? Banyak yang perlu dirisaukan :) Sedangkan anak-anak tidak mengerti kenapa ibubapa menanti mereka di sekolah. Percayalah, suatu hari nanti akan mengerti. Sama seperti Sop mengerti tugas dan tanggungjawab ibubapa Sop dulu.

Terima kasih emak
Terima kasih ayah
Terima kasih keluarga
Terima kasih guru

Azfar pun teruja hendak bersekolah hari pertama. Belajar rajin-rajin, jadi anak yang pintar :)

4 comments:


EmoticonEmoticon