Batuk yang masih belum reda
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Batuk sangat menyeksakan terutama batuk yang keterlaluan sehingga seperti hendak tercabut anak tekak (ada ker?). Ada musim-musim tertentu, pasti ramai akan kena batuk ini.
Sop mula dapat batuk beberapa minggu lepas ketika demam. Biasa kalau demam mesti pakej iaitu demam, batuk dan selsema. Paling susah hendak sembuh ialah baruk!
Berdasarkan rekod, jika Sop batuk pasti akan masa beberapa minggu sebelum sembuh. Mungkin sukar untuk baik kerana Sop merokok. Jika ketika batuk, Sop biasanya akan kurang merokok sedikit. Jika kuat merokok, lagi susah hendak baik bukan? Bagi bukan perokok, pasti akan kata "berhenti sahaja merokok". Bukan semudah ABC untuk berhenti. Ia seperti Matematik tambahan! (Ada kena mengena ker?)
Setakat ini, beberapa ubat batuk telah makan tetapi masih belum sembuh. Madu diperah dengan limau nipis juga sudah makan tetapi belum juga berhasil. Gula-gula Hacks, Stepsel dan berkaitan hanya reda seketika sahaja.
Ada rakan di Facebook memaklumkan pelbagai jenis petua dan ubat. Mungkin boleh cuba semuanya nanti. Hehehe. Paling mengejutkan, ada juga penyakit selain dari batuk biasa jika berlanjutan lebih lama. Lupa pula nama penyakit tersebut. Lebih kurang "tak dok pitis" bunyinya. Hehehe
Apa-apapun, doakan agar Sop sembuh cepat dari batuk yer. Tidak selesa asyik batuk dan kadang kala menyeksakan.
Anda ada juga petua hendak kongsi?
EmoticonEmoticon