11 January 2013

Baby Auni suka tisu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Tisu kotak dibuat sungguh inovatif yang mana apabila ditarik akan ditinggalkan tisu yang sedia untuk ditarik pada kotak tersebut. Siapa agaknya mula idea tersebut? Hehehe


Bukan idea inovatif yang hendak Sop cerita tetapi Baby Auni yang suka dengan idea inovatif tersebut. Sebelum ini pernah terjadi Baby Auni dapat kotak tisu tersebut semasa di kedai makan. Baby Auni punya syok menarik tisu tersebut hingga berapa banyak tisu yang keluar. Kenalah kami masukkan balik dalam kotak tisu tetapi comfirm tidak lagi tisu inovatif biasa. Hehehe


Pagi ini sekali lagi Baby Auni mendapat kotak tisu di dalam kereta. Kali ini Azwar bagi kotak tisu tersebut kepada Baby Auni untuk memastikan Baby Auni duduk diam apabila berada di dalam kerusi bayi.


Silaplah ditinggalkan Baby Auni seorang berada di belakang dengan sekotak tisu! Masa itu Azwar telah keluar ke sekolah dengan Sop naik motor. Apabila Mrs Sop lihat belakang, hampir semua tisu telah dikeluarkan. Huhuhu


Apa boleh buat? Semua bayi macam tu kot? Mungkin rasa pelik apabila ditarik, ada lagi keluar. Tarik ada lagi! Selagi tidak habis, memang la keluar je Baby Auni yer! Adus!



EmoticonEmoticon