14 January 2013

Baby Auni sudah tumbuh gigi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni telah tumbuh gigi pada usia 8 bulan. Sebelum itu, Baby Auni telah demam. Kami agak demam sebab hendak boleh berjalan tetapi silap, rupanya demam hendak tumbuh gigi. :)

Telah beberapa kali cuba untuk mengambil gambar gigi Baby Auni tetapi asyik gagal sahaja. Bila Baby Auni tengok handphone, lain pula jadinya. Sibuk dia hendak main telefon pula! Tengah gelak-gelak nampak gigi terus menangis hendak handphone. Adus!

Kali ini misi berjaya merakam gambar gigi yang tumbuh 2 batang di bawah. Kenangan untuk gambar mula tumbuh gigi, bila besar boleh Baby Auni tengok sendiri nanti. Kalau Sop? Mana hendak ingat masa gigi mula-mula tumbuh kan? Masa sakit gigi ingat lah. Hehehe

Teknologi sekarang membolehkan kita merakam setiap detik indah untuk disimpan selain kenangan di dalam minda :)


EmoticonEmoticon