Azfar pertama kali naik bas sekolah
Geng Bas Sekolah |
Masih ingat pertama kali anda naik bas sekolah?
Atau tidak berpeluang untuk naik bas sekolah?
Sop tidak berpeluang untuk naik bas sekolah kerana pada awal bersekolah, ayah yang hantar. Kemudian boleh berdikari, terus ke sekolah hanya naik basikal daripada sekolah rendah hingga menengah.
Sekarang ini, anak-anak sibuk hendak naik bas sekolah. Mungkin pengaruh cerita Geng Bas Sekolah? Atau naik bas sekolah, rasa bersekolah lebih tinggi?
Azfar sebelum ini hanya naik van untuk balik dari pra sekolah. Tahun ini telah masuk darjah 1, Azfar tidak mahu lagi naik van. Dia hendak naik bas sekolah!
elepas berbincang dengan pemandu bas sekolah, nasib naik bas tersebut lalu kawasan rumah. Maka Azfar berpeluang untuk naik bas untuk ke sekolah.
Tengok muka Azfar pertama kali naik nas sekolah, teruja bukan? heheheh
amboih..mmg muke teruja sgt dier yer..serius, mse sek dlu sy xpnh naik bas...naik basikal ngn jln kaki je..huhu
ReplyDeleteTerima kasih Mira :)
Delete