10 January 2013

Aktiviti memasang laci MALM IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Aktiviti memasang laci MALM IKEA
Entry-entry sebelum ini ada bercerita tentang Baby Auni bantu Papa pasang laci IKEA. Jika hendak tahu laci apa yang Sop pasang itu, sila rujuk gambar di bawah.

Lacil MALM keluaran IKEA ini menarik minat Sop kerana ia sangat ringkas, menarik dan murah. Ada banyak pilihan laci yang ada tetapi MALM ini adalah paling murah dan menarik. Laci MALM ini sendiri ada pelbagai saiz dan warna untuk pilihan pelanggan.

Harga untuk MALM ini ialah RM239.00 sahaja untuk warna putih. Jika dibandingkan dengan laci kedai perabot, laci MLAM ini jauh lebih murah. Kenapa begitu murah?

Di IKEA banyak barang adalah murah kerana kita perlu beli, bawa dan pasang sendiri. Oleh sebab itu harga lebih rendah berbanding kedai perabot. Biasanya di kedai perabot, harga telah diambil kira dengan pengangkutan dan pemasangan.

Memasang barangan IKEA sangat mudah kerana manual diberikan bersama produk yang dibeli. Apa yang perlu dibuat, pastikan ikut manual dengan teliti sahaja. :)

Biasa masalah yang Sop alami semasa membeli barangan IKEA ialah semasa hendak bawa balik kerana ada barang yang besar dan panjang. Kadang-kala terpaksa menyumbat-nyumbat penuh dalam kereta. Jika hendak guna delivery, masalah dan lambat pula :)

Jom lihat aktiviti memasang laci MALM IKEA tersebut:












2 comments:


EmoticonEmoticon