09 December 2012

Taj Seebal Restaurant Arabic and Thai Cusine

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Suka makanan Arab?
Sekarang ini, masakan Arab sangat popular di Malaysia. Oleh sebab itu, restoran makanan Arab banyak yang dibuka di seluruh Malaysia. Paling popular ialah Nasi Arab yang mana boleh didapati dalam pelbagai jenis lauk pauk. Paling sedap ialah dimakan bersama lauk kambing :)

Restoran Taj Seebal ini telah beberapa kali Sop singgah sejak pembukaan pertengahan tahun ini. Ia menyediakan pelbagai jenis masakan Arab dan juga masakan Thailand. Tindakan yang bijak oleh pengusaha restoran ini yang menggabungkan antara masakan Arab dengan Thailand untuk pelbagaikan jenis menu.

Tidak semua suka untuk makan makanan Arab bukan? Masakan Thailand sejak dulu telah popular di Malaysia. Variasi menu yang disediakan membolehkan pengunjung sering datang ke Restoran Taj Seebal ini.

Untuk makan malam kali ini, Sop mencuba menu Nasi Kabsah Kambing (lamb kabsah) dan Mix Grilled. Lamb Kabsah sama sahaja dengan nasi mandi cuma tiada sup (pendapat Sop). Sebelum ini makan nasi mandi di Taj Seebal, sama juga rasanya :)

Mix Grilled pula gabungan antara ayam dan daging yang dibakar dalam bentuk sosej bersama 2 keping roti.

Restoran Taj Seebal sangat menarik dari segi hiasan dan juga selesa. Ruang dalam restoran sangat luas dan set kerusi meja ada disediakan di luar restoran. Bagi perokok dan yang ingin hisap sisha, pasti akan memilih untuk berada di luar restoran. Di dalam restoran adalah berhawa dingin, maka tidak boleh merokok.

Harga di Restoran Taj Seebal biasa sahaja iaitu tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

Kekurangan Restoran Taj Seebal ialah tiada perkhidmatan WiFi dan kerusi bayi tidak disediakan. Pengunjung juga perlu masuk ke kawasan kondo yang mana kawalan keselamatan adalah ketat.

Bagi yang ingin mencuba, sila ke Restoran Taj Seebal yang terletak di PV13, Danau Kota. Masuk sahaja ke kawasan kondo PV13, terus akan jumpa restoran ini.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon