Selamat sejahtera kepada semua rakan.
|
pintu masuk Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
|
Seperti entry sebelum ini yang mana
Sop telah berada di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan untuk 3 hari 2 malam belum sempat untuk berkongsi review mengenai hotel ini.
Ini adalah kali pertama Sop berada di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Anda pernah?
Hotel yang mempunyai keunikkan tersendiri dan dulu-dulu mungkin Casa Rachado Beach Resort Port Dickson antara hotel yang hebat berdasarkan perabot dan bangunan yang tersedia ada. Tetapi sekarang kelihatan makin kurang serinya kerana kekurang jagaan atau pemuliharaan.
Sop suka dengan hiasan dan design bilik hotel Casa Rachado Beach Resort Port Dickson ini kerana ia agak klasik. Perabot yang digunakan adalah jenis kayu ringkas dengan warna terang. Ada ciri-ciri hotel klasik yang mana boleh didapati di luar negara.
Bilik Casa Rachado Beach Resort Port Dickson ialah jenis apartment 3 bilik lengkap dengan bilik air dan ruang dapur. Ruang bilik hotel cukup selesa dengan ada balkoni untuk permandangan yang menarik. Jika datang 1 keluarga memang tiada masalah :)
Beberapa kemudahan lain turut disediakan kepada kepada pengunjung seperti kolam, padang bola, pusat riadah dan rekreasi dan pusat karaoke ada disediakan. WiFi ada disediakan tetapi talian kurang memuaskan. Network penuh hanya di lobi dan bilik mesyuarat (dewan) tetapi masih perlahan.
Kawasan pantai hotel juga menarik kerana ia berada berhampiran hotel. Bangku kayu dan tempat membakar ada disediakan. Aktiviti seperti sukaneka, acara air dan lain-lain boleh diadakan di tepi pantai.
Kenapa agaknya Casa Rachado Beach Resort Port Dickson kurang mendapat perhatian dan semakin suram?
Pada pandangan Sop, ia kurang mendapat sambutan kerana seperti berikut:
- Ruang parking jauh dari blok hotel. Parking juga adalah terhad. Jika hujan, pasti masalah kerana sukar untuk ke bangunan hotel
- Laluan ke hotel kurang mesra pengguna dan OKU. Dari luar hendak ke bilik perlu menaiki tangga dan turun tangga. Dari parking telah jauh, hendak naik tangga lagi?
- Penyelenggaraan kurang memuaskan. Hotel kurang bersih dan banyak peralatan tidak dijaga baik.
- Persaingan hotel-hotel baru yang lebih selesa dan cantik
- Makanan yang disediakan hanya biasa-biasa sahaja
Pihak Casa Rachado Beach Resort Port Dickson seharusnya peka dengan kehendak pengunjung. Pengunjung perlukan keselesaan dan kemudahan yang memuaskan. Nama pun bercuti, mesti inginkan suasana rehat yang menarik, bukan? Hehehehe
Kepada yang ingin mencari kelainan, Casa Rachado Beach Resort Port Dickson boleh untuk dicuba. Ia terletak berhampiran dengan Tanjung Biru Port Dickson.
Galeri gambar:
|
Ruang tamu |
|
meja makeup |
|
side table |
|
bilik air bilik utama |
|
bilik utama |
|
dapur |
|
bilik air ke dua |
|
bilik ke 2 |
|
warna yang ceria |
|
langsir dan dinding ceria kan? |
|
tidak boleh masak |
|
TV dengan siaran biasa. Siaran tidak cantik juga |
|
Ruang tamu |
|
Permandangan dari balkoni |
|
lantai yang kasar |
|
telefon tidak berfungsi... ada sahaja |
|
hiasa dinding |
|
kerusi meja makan |
|
pintu bilik |
|
bangunan hotel |
|
Pantai hotel |
|
Kolam dan bangunan hotel 2 |
|
banguan dewan dan reception |
|
kolam yang luas juga |
|
pintu masuk reception |
|
padang bola |
|
Reception dan lobi |
|
ruang makan |
|
buffet hanya menu sederhana |
EmoticonEmoticon