30 December 2012

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Makan di mana malam ini?
Makan di rumah lagi sedap bukan berbanding makan di luar :)
Sekali-sekali makan juga di luar untuk mengubah selera dan sokong restoran Malaysia apa salahnya Hehehe :)

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Restoran Nando's
Restoran Nando's tidak asing lagi kepada warga Malaysia. Merata-rata ada cawangan Restoran Nando's ini dan boleh dikatakan ramai yang meminati menu di Restoran Nando's ini.

Sop agak jarang makan di Restoran Nando's ini. Dalam setahun mungkin sekali sahaja atau tiada langsung. Hehehe

Sop tidak suka sangat dengan ayam. Maklum sahaja, tekak Melayu jati! Mesti hendak makan nasi berlauk atau masakan kampung :)

Bila makan di Restoran Nando's, kebanyakkan makanan kurang kena dengan tekak Sop. Contoh Sop pilih menu yang disediakan nasi dan ayam tetapi rasa kurang kena pula. Nasi, ayam dan kentang sahaja seperti banyak yang kurang. Kuah tiada dan hanya perlu guna sos yang pelbagai rasa. Jika hendak cari sambal belacan lagi susah bukan? Ada ke Nando's sediakan sambal belacan? Hehehehe

Unik masakan di Restoran Nando's ialah jenis menu ayam yang dimasak dengan pelbagai cara. Sos istimewa pelbagai tahap kepedasan pasti tidak boleh didapati di restoran lain.

Anda suka masakan di Restoran Nando's?

Galeri gambar:
Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Auni suka Nandos?

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Sop suka kopi yang kaw nih!

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
peri-vileges?

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
4 pilihan sos oleh Nandos

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Dapat minum segar biji mata

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Ayam dengan roti

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Ayam dengan nasi

Restoran Nando's Jaya Jusco Wangsa Maju
Saya nak order bubur ayam ada tak? Hehehe


EmoticonEmoticon