Mencuba P1 4G Portable MiFi Modem MF230
Selamat sejahtera kepada kepada semua rakan.
Telah mencuba teknologi 4G?
Ini adalah kali pertama Sop mencuba talian 4G oleh P1. Sangat teruja untuk mencuba untuk mengetahui prestasi teknologi 4G. Sekarang hanya guna 3G, mungkin rasa telah terbaik tetapi jika teknologi 4G, mesti lagi hebat bukan?
P1 4G Portable MiFi Modem MF2300 |
Program mencuba P1 MiFi ToGo ini khas kepada Blogger untuk merasai sendiri kehebatan teknologi 4G oleh P1 dan boleh berkongsi dengan pembaca. Jika rasa sangat baik, boleh terus guna perkhidmatan P1 4G ini bukan? Sebagai blogger, talian internet sangat penting untuk memastikan sentiasa berhubung.
Pejabat P1 di Petaling Jaya |
Set P1 4G Portable MiFi Modem yang dibawa balik |
Oleh kerana telah berpeluang guna peranti P1 MF230 ini, Sop kongsi dahulu pengalaman menggunakannya. :)
Atas motor pun boleh!! |
Dengan P1 4G Portable MiFi Moden kita boleh berhubung dengan internet setiap masa sama ada di rumah, dalam kereta, di kedai, di taman dan sebagainya. Paling penting, kelajuan ialah 4G!
Di rumah malam tadi semasa mencuba, lampu penerimaan WiMAX hanya merah di rumah Sop iaitu untuk penerimaan rendah manakala jingga untuk sederhana dan hijau adakah terbaik. Tetapi tahap kelajuan internet masih berbeza dengan 3G yang penerimaan penuh! Cuba menghubungkan dengan 2 sambungan, masih lagi laju! Sangat hebat!
Dengan prestasi sebegini, perasaan untuk mencuba terus membuak-buak! Tidak sabar untuk mencuba di kawasan yang boleh menerima penerimaan WiMAX terbaik! Agak-agak boleh terbang?
Ikuti review P1 4G Portable MiFi Modem seterusnya dalam entry akan datang. Banyak yang menarik hendak kongsi kerana sangat best! Hehehe
Kepada rakan-rakan ingin mendapat maklumat lanjut mengenai P1 4G MiFi, sila layari http://www.p1.com.my/mifi/ untuk maklumat lanjut.
EmoticonEmoticon