18 December 2012

Huawei Device Malaysia akan berada di Tasik Titiwangsa


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Huawei Device Malaysia akan berada di Tasik Titiwangsa
Tang Siew Wai, Regional Marketing Director for Huawei Device Southern Pacific Region bersama hadiah untuk dimenangi

Pernah dengar tentang Huawei?
Huawei Device Malaysia antara pembekal alat ICT yang sedang mencipta nama di Malaysia. Kebanyakkan gajet Huawei telah dikenali dan digunapakai di Malaysia. Biasa Sop jumpa ialah telefon bimbit, moden broadband, tablet dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis produk lagi yang dikeluarkan oleh Huawei ini. Sila rujuk laman web Huawei untuk maklumat lanjut.

Huawei Device Malaysia akan mengadakan acara di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Disember 2012. Acara ini bukan sahaja untuk memberi peluang pengguna mendapatkan produk Huawei tetapi berpeluang juga memenangi hadiah menarik yang ditawarkan sepanjang acara tersebut seperti berikut:

  • Hadian utama - Percutian ke Dubai 4 hari 3 malam untuk 2 orang termasuk penginapan hotel 5 bintang, melawat menggunakan helikopter, melawat bangunan tertinggi dunia, melawat tempat bersejarah Dubai dan pengalaman di gurun. Pakej yang cukup mewah untuk dimenangi!
  • 2,000 hadiah turut disediakan sepanjang acara ini seperti telefon pintar Huawei, peranti, baju T, USB drives dan tiket wayang

Sepanjang acara yang akan berlangsung 12.30 petang hingga 8.30 malam tersebut, terdapat beberapa aktiviti menarik akan diadakan seperti naik belon udara panas, "Jumpshot photography", "Trampoline Jump" dan Cabaran Perlumbaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Huawei Device Malaysia ini, sila layari www.huaweidevice.com.my/AscendContest yang mana anda boleh pra daftar dan tebus hadiah misteri (selagi stok masih ada) pada acara tersebut. Cepat, sebelum terlambat!

Sila dengarkan 98.8FM, Suria FM dan Red FM bermula 15 hingga 23 Disember 2012 untuk mendapat maklumat terkini dan pengumuman acara tersebut.

Kepada rakan-rakan, jom sertai acara Huawei Device Malaysia. Mana tahu bertuah boleh menang hadiah utama?

Maklumat acara Huawei Device Malaysia akan diadakan adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 - 23 Disember 2012
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 12.30 petang - 8.30 malam

Semua adalah dijemput hadir! Jom datang beramai-ramai!


EmoticonEmoticon