Genting Highland yang berkabus
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apa program akhir-akhir cuti sekolah ini?
Mungkin ada penutup untuk mengakhiri cuti sekolah bukan?
Sop hanya ke Genting Highland bersama keluarga pada Isnin lepas untuk program cuti sekolah terakhir sebelum sekolah di buka.
Perjalanan lancar dari Kuala Lumpur tetapi agak perlahan apabila sampai di kaki Genting Highland kerana kabus yang tebal. Perjalanan perlu berhati-hati dengan cuaca yang begitu bukan?
Sampai di Genting Highland, cuaca berkabus bertambah tebal. Cuaca sangat sejuk dan permandangan sangat terhad. Perancangan untuk bermain di Taman Luar terbantut. Risau anak-anak tidak boleh tahan sejuk yang melampau. Cuaca sangat sejuk! Lagipun Baby Auni baru baik demam dan selsema masih belum hilang. Oleh itu, kami memilih untuk bermain Taman Tema Dalam sahaja.
Oleh kerana sehari sebelum Krismas, pengunjung sangat ramai di Genting Highland. Hendak berjalan pun sukar, apatah lagi hendak bermain. Dengan cuaca yang berkabus, ramai yang memilih untuk bermain di Taman Tema Dalam sahaja. Kesannya, semua permainan dipenuhi dengan pengunjung yang beratur. Kami hanya sempat bermain untuk beberapa permainan sahaja. Sop pula hanya sempat masuk menonton 4D sahaja. Itu pun terpaksa beratur selama hampir 2 jam. Sampai tertidur-tidur menunggu giliran. Aduss!!
Semasa hendak makan tengah hari, kami terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan meja. Ada yang sanggup makan di tangga-tangga dan tempat yang boleh melepak. Rasa seksa pula hendak makan! Bagaimana agaknya negara yang bergolak terpaksa beratur untuk mendapatkan bekalan makanan?
Sangat rugi beli pakej hari tersebut kerana tidak bermain. Tidak sanggup untuk beratur panjang!
Kepada yang merancang untuk ke Genting Highland, pilihlah waktu yang sesuai dan bukan waktu puncak! Hehehe
galeri gambar:
Baby Auni sejuk |
pasang tagging dulu |
tayang kasut Supra kan? |
control sejuk! |
EmoticonEmoticon