20 December 2012

Beli kasut Crocs Original dengan diskaun 30%

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kasut Crocs antara kasut yang paling selesa Sop pakai. Meterial yang digunakan bukan sahaja menarik tetapi ringan juga.

Sekarang ini, trend kasut Crocs agak perlahan berbanding awal-awal kemunculan di Malaysia. Rata-rata orang kecil atau besar memakai kasut Crocs walaupun dibeli di pasar malam. Harga Crocs tiruan jauh lebih murah berbanding original walaupun kelihatan agak sama :)

Masa itu, pantang letak kasut Crocs pasti hilang. Sop satu hilang yang original dan satu lagi Crocs pasar malam. Selepas itu, agak lama Sop tidak beli lagi sehingga beli jenama Asadi.

Semalam ke kedai Crocs untuk beli kasut tersebut. Sebelum ini telah beberapa kali tengok tetapi tidak berkenan. Sekarang ini ada promosi 30% diskaun bagi pembelian kedua. Tapi Sop hanya hendak beli satu sahaja :)

Sedang borak tentang diskaun, jurujual memaklumkan pelanggan juga boleh menerima diskaun 30% jika minggu ini adalah hari lahir pembeli. Dimaklumkan juga bahawa boleh digunakan saudara atau kawan hari lahir untuk mendapat diskaun tersebut :) Apa yang diperlukan ialah Nama, No KP dan tarikh lahir.

Bila dengar maklumat tersebut, Sop mula fikir cari kawan-kawan. Mesti ada kawan yang sambut hari lahir dalam masa terdekat ini. Dari hendak beli terus tidak jadi kerana hendak cari kawan yang sambut hari lahir dulu. Hendak telefon, tiada bateri pula.

Oleh kerana jurujual melihat Sop yakin sahaja ada kawan yang sedang sambut hari lahir, beliau setuju untuk beri diskaun tersebut. Yey! Dapatlah Sop beli kasut Crocs tersebut dengan diskaun. 30% diskaun dari harga sebenar banyak juga kurang. Bukan senang hendak dapat diskaun kasut Crocs terutama design baru :)

Kepada kawan-kawan hendak beli kasut Crocs, pastikan beli semasa hari lahir anda. Hehehe



2 comments:

  1. Wah. Tetap setia bersama crocs ye abg sop.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama x beli sebenarnya :)
      sgt selesa pakai kasut cam ni :)
      thx baby

      Delete


EmoticonEmoticon