25 December 2012

Ascend To New Heights dengan Huawei

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih ingat dengan entry sebelum ini tentang Huawei Device Malaysia akan berada di Tasik Titiwangsa?

Ascend To New Heights dengan Huawei
Tapak acara Ascend To New Heights dengan Huawei

Acara Ascend To New Heights dengan Huawei telah berlangsung bermula 21 hingga 23 Disember 2012 di Taman Tasik Titiwangsa. Bagi yang belum lagi pergi, silalah singgah tengok sendiri promosi oleh Huawei dengan produk yang menarik sedang dipasarkan. Sop berkesempatan sertai pembukaan acara ini pada hari Jumaat yang mana diadakan sidang media pada pagi tersebut.

Perkenalkan produk Huawei
Objektif Acara

Objektif acara Ascend To New Heights dengan Huawei yang diadakan ini ialah untuk memperluaskan kesedaran pengguna tentang jenama Huawei di Malaysia. Acara Ascend To New Heights dengan Huawei telah berlangsung dibanyak buah negara dan Malaysia adalah salah satu daripada promosi tersebut. Ramai mungkin tidak sedar tentang jenama Huawei sebelum ini walaupun telah lama digunapakai oleh banyak pihak seperti peranti moden. Dalam satu rakaman video yang dipaparkan, ramai yang tidak tahu tentang logo Huawei ditunjukkan.

Dengan acara seperti ini, pengguna akan lebih dekat mengenai jenama Huawei dan produk keluaran mereka.

Mr Wong Wey Hwa, Country Director, Huawei Consumer Business Malaysia
Pelancaran produk telefon pintar

Semasa acara Ascend To New Heights dengan Huawei ini, pihak Huawei telah melancarkan 3 buah telefon pintar iaitu Ascend D1 Quard, Ascend G600 dan Ascend G330. Bagi yang sedang mencari telefon pintar, jenama Huawei ini boleh dijadikan senarai untuk dibeli kerana tawaran harga sangat murah berbanding jenama lain dengan keupayaan yang tinggi.

Ascend D1 Quard
Ascend D1 Quard

Ascend D1 Quard
Telefon pintar terpantas yang dikuasakan oleh K3V2 teras-quad 1.4GHz Huawei dalam rekabentuk paling kompak di antara semua telefon pintar bersaiz 4.5 inci. Ascend D1 Quard memperluaskan alam kemungkinan dengan sistem operasi Android 4.0 (boleh dinaiktaraf ke Jelly Bean 4.1) dan sistem pengurusan kuasa proprietari Huawei yang menyediakan sehingga 30% penjimatan tenaga. Harga yang ditawarkan hanya RM1,230 sahaja.

Ascend G600
Ascend G600

Ascend G600
Saiz skrin LCD IPS HD 4.5 inci dan resolusi piksel 960 x 540 dengan Kaca Corning Gorilla, telefon pintar ini menawarkan kejelasan visual di atas teras-dual berkuasakan sistem operasi Android 4.0 yang tidak terlalu mahal. CPU teras-dual 1.2GHz dengan bateri Li-Polimer 1930mAh peneraju industri memastikan Huawei Ascend G600 boleh dicas sepenuhnya selama 4 jam, dikuasakan dalam 5 saat, teknologi penjimatan kuasa Huawei dan lebih 15 hari masa menunggu. Harga yang ditawarkan ialah RM799 sahaja.

Ascend G330
Ascend G330

Ascend G330
Merupakan telefon pintar mampu dimiliki yang menggabungkan rekabentuk nipis lagi anggun dengan pemproses teras-dual 1.0GHz berkuasa yang memaksimumkan prestasi pengkomputeran. Ia juga bercirikan paparan 4 inci WVGA TFT, bateri lithium-ion 1.500mAh yang memberikan banyak kuasa untuk sesi sembang, telefon, rayauan jangka lama serta resolusi paparan kristal. Harga yang ditawarkan ialah RM599 sahaja.





3 pilihan telefon pintar yang boleh dipilih mengikut kemampuan dan penggunaan pengguna. Reka bentuk  telefon keluaran Huawei ini juga menarik dan ringkas. Dengan sistem operasi Android, pasti telefon pintar Huawei ini memberi penuh kepuasan kepada penggunanya.

Dalam acara Ascend To New Heights dengan Huawei, Huawei Device Malaysia juga mengumumkan perkongsiannya dengan Midland Network senagai pengedar Huawei yang sah.

Untuk Acara Ascend To New Heights dengan Huawei yang berlangsung 3 hari ini, terdapat beberapa aktiviti menarik yang menanti pengunjung iaitu menaiki belon udara panas, fotografi jumpshot, lompat Trampolin dan cabaran perlumbaan. Pengunjung boleh melihat produk-produk yang disediakan oleh Huawei dengan lebih dekat di Zon Pengalaman.

Hadiah Utama Peraduan

Kempen Ascend To New Heights dengan Huawei yang dibuka kepada orang ramai menawarkan lebih 2,00 hadiah termasuk Hadiah Utama iaitu pelancongan dibiayai sepenuhnya untuk dua orang ke Dubai (penginapan 4H3M di hotel mewah 5 bintang disertai penebangan helikopter sekitar bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia - Burj Khalifa, lawatan ke tempat sejarah Dubai dan pengalaman padang pasir.

Sehingga 31 Disember 2012, pengguna boleh terus menyertai peraduan belon udara panas Ascend To New Heights di laman web www.AscendToNewHeights.com untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk telefon pintar, peranti Huawei, kemeja T, pemacu USB dan tiket wayang.

Galeri gambar:

Spesifikasi D1 Quard
Spesifikasi G600
Spesifikasi G330
Gajet WiFi

Tablet Huawei

From L-R: Mr Tang Siew Wai, Regional Marketing Director Huawei South Pacific, En. Ahmad Bin Khalid, Director, Midland Network Sdn Bhd, Mr Wong Wey Hwa, Country Director, Huawei Consumer Business Malaysia, Mr Lee Fook Sin, Director, Midland Network, Mr Victor Raj, General Manager, Midland Network

Blogger yang turut hadir

Perasmian slogan melalui belon udara panas

Photo Booth

Cabaran perlumbaan di sini

Lihat, pegang dan cuba di sini

Lawat http://www.facebook.com/HuaweiDeviceMY untuk gambar aktiviti sepanjang acara Ascend To New Heights dengan Huawei dan maklumat terkini.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat URL berikut:

Facebook:  www.facebook.com/HuaweiDeviceMY   (Malaysia)


EmoticonEmoticon