21 November 2012

TV dah ler kecik, tiada warna plak tu

Selamat sejahtera kepada semua rakan

Sop sekarang berada di D'Village Resort Melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Sop telah beberapa kali menginap di hotel ini sebelum ini. Kali terakhir rasanya tahun lepas.

Kelihatan bilik hotel semakin teruk dan usang kerana masih kekal dengan perabot dan peralatan lama. Oleh kerana atas dasar tugasan, tidak boleh hendak memilih sangat. Lagipun sekarang ini musim cuti sekolah, kebanyakkan hotel penuh.

Paling sedih dengan TV yang tiada warna dengan siaran hanya beberapa sahaja yang boleh. Macam duduk tahun 70an pula melihat TV hitam putih sahaja.

Sudah masanya pihak hotel buat perubahan dengan naik taraf dan ubah apa yang patut.


EmoticonEmoticon