20 November 2012

Skrin Tablet Android telah tukar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dalam entry sebelum ini ada Sop ada bercerita tentang Tablet Android 7" yang dibeli untuk anak-anak telah pecah. Selepas tersadai seminggu akhirnya Sop hantar ke kedai untuk baiki.

Kos untuk menukar skrin ialah RM100 dan siap dalam masa 2 hari. Skrin tablet Android tersebut hanya menggunakan skrin plastik. Jika tidak tukar, rugi juga sebab Tablet Android tersebut baru 2 bulan dipakai.

Setakat ini tiada masalah dengan skrin Tablet Android tersebut. Kedai telah beri jaminan selama seminggu untuk skrin tersebut tetapi bukan kes pecah. Hehehe

Pengguna telefon atau tablet, pastikan jangan biarkan ia jatuh. Jika Galaxy Note 2, kos tukar skrin pecah ialah RM600! Lagi parah kan?

Terima kasih kerana membaca entry ini.

2 comments:


EmoticonEmoticon