14 November 2012

Siapa suka minuman berais?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Minuman berais sungguh sedap diminum terutama ketika cuaca panas. Sejuk tekak semasa menelannya menghilangkan dahaga siapa yang meminumnya.

Ada juga yang ketagih dengan minuman berais ini. Betul ker?
Macam mana Sop kata tidak ketagih, pagi petang siang malam mesti minum minuman berais. Ketagih lah tu kan? Heheheh

Untuk kesihatan, ais minuman berais ini tidak bagus untuk kesihatan. Lagi-lagi jika selalu diamalkan dengan minuman berais ini. Ada orang tua-tua mengatakan minuman berais ini boleh melemahkan 'tenaga lelaki'. Betul ker?

Kalau Sop, memang jarang minum minuman berais ini. Jika kerap minum dalam sehari, malam nanti pasti akam rasa sakit tekak. Sop akan minum jika cuaca sangat panas sahaja. Setakat ini, tengah hari pun minum air panas (suam) sahaja.

Bagaimana anda pula? Adakah anda peminat minuman berais?


EmoticonEmoticon