21 November 2012

Roti canai terbang Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan roti canai terbang di Melaka?
Sop baru pertama kali singgah untuk mencuba setelah sekian lama mendengar cerita. hehehe

Warung Asam Pedas Malinda Kampung Musai ini popular dengan roti canai terbang dengan kuah asam pedas. Itu yang menjadikan ia cukup popular (pendapat Sop). Ia satu kelainan dan menjadi tarikan kepada pengunjung untuk makan di sini.

Rasa roti canai sama sahaja seperti roti canai kedai lain. Kuah asam pedas hanya sekadar kuah. Tiada yang berbeza dari rasanya.

Kedai lain boleh buat juga kuah asam pedas untuk roti canai cuma kemahiran untuk terbangkan roti sahaja yang susah :) Bakat menebar roti canai itu tidak semua mampu buat bukan? Hehehe





EmoticonEmoticon