Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Restoran Ajmal Nasi Kandar ialah restoran yang kami singgah untuk makan tengah hari semasa perjalanan ke Pulau Pangkor. Sop keluar lebuhraya melalui Bidor dan terus menuju ke Teluk Intan. Sampai di Langkap dalam jam 12.00 tengah hari dan sesuai untuk singgah makan dahulu.
Tiada apa yang menarik di Restoran Ajmal Nasi Kandar ini kerana sama dengan kedai mamak di Kuala Lumpur kecuali harganya yang sangat murah. Semasa mendapat bil terkejut juga jumlah semua harga yang kami makan.
Sop dan Mrs Sop makan nasi, manakala Azfar daj Azwar makan roti bakar dan telur separuh masak. Jika di Kuala Lumpur, kos untuk menu yang kami makan tersebut dalam RM20 hingga RM25 tetapi di Restoran Ajmal Nasi Kandar hanya RM11.80 sahaja. Terkejut juga dengan harga yang rendah sehingga Sop bertanya yang semua makanan yang dimakan telah dikira.
Harga di kampung sangat berbeza bukan? Kalau harga macam ini dekat Kuala Lumpur, selalulah agaknya Sop makan di restoran ini. Heheheh
Restoran Ajmal Nasi Kandar turut menyediakan WiFi percuma kepada pelanggan. Hebatkan?
Terima kasih kerana membaca entry ini.
EmoticonEmoticon