Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sudah baca entry Percutian Hari Pertama di Pulau Pangkor?
|
Sarapan pagi |
Percutian ke Pulau Pangkor diteruskan dengan cerita pada hari kedua yang mana kami bersarapan di hotel. Pakej bersarapan memang terdapat dalam sewaan bilik hotel, jika tidak makan rugi lah kan. Menu sarapan adalah biasa sahaja tetapi perlu makan juga untuk mengalas perut. Hehehehe
Kereta yang ditempah telah sampai di hotel selepas kami bersarapan. Kereta yang diminta ialah Proton Wira kerana tiada banyak pilihan yang ada. Ingat hendak sewa kereta Ferrari atau Lamborgini malangnya tidak disediakan (merapu!!) Yang penting penyaman udara sejuk dan kereta tiada masalah.
Setelah menerima kereta yang disewa, aktiviti hari kedua di Pulau Pangkor pun bermula. Sebelum berjalan-jalan, perlu isi minyak dahulu bukan? Tempat pertama kami pergi melawat pagi ini ialah Kota Belanda. Pencarian tidak sukar kerana setiap simpang ada papan tanda dan Sop sendiri masih ingat sikit-sikit laluan di Pulau Pangkor ini.
|
Kota Belanda |
Di Kota Belanda, aktiviti hanya sesi bergambar dan melihat kawasan sekitar. Cuaca jam 10.00 pagi telah mula rasa hangatnya. Kami sempat juga melihat-lihat gerai yang menjual pelbagai barangan cenderamata dan pakaian.
|
Kereta sewa kami. Berhenti melihat kawasan sekitar |
Aktiviti diteruskan dengan meronda seluruh Pulau Pangkor. Perjalanan melawat seluruh Pulau Pangkor singkat sahaja kerana saiz pulau yang kecil. Perjalanan agak mencabar juga apabila berada di kawasan bukit yang mana jalan mendaki dan sempit. Permandangan sekitar pulau sangat seronok untuk dilihat kerana ia sungguh cantik dan menarik.
|
Tapak jualan di Teluk Nipah |
Semasa ronda-ronda pulau, kami sempat berhenti dibeberapa tempat seperti Teluk Nipah, Galeri Pangkor dan lain-lain.
|
Galeri Pangkor |
Selesai meronda, kami berehat di bilik kerana cuaca semakin panas.
Aktiviti diteruskan pada sebelah petang. Selepas Asar cuaca masih panas tetapi ia tidak menghalang kami untuk bermain pantai di Teluk Nipah. Semasa meronda tengah hari tadi, Teluk Nipah kelihatan lebih meriah dengan pengunjung. Jadi kami mengambil keputusan untuk bermain pantai di sana. Jumlah kedai yang banyak memudahkan kami untuk makan dan meronda juga nanti.
|
Pantai Teluk Nipah |
Seronok betul Azfar dan Azwar bermain pantai. Kami berminat juga untuk naik bot untuk meronda sekitar pulau tetapi Baby Auni masih kecil rasanya belum sesuai untuk bawa naik bot. Aktiviti sepenuhnya berada di Teluk Nipah untuk bermain pantai sehingga petang. Sebelum pulang ke hotel, kami sempat makan-makan di situ.
Pada sebelah malam, tiada aktiviti yang dilakukan dan hanya berada di bilik. Azfar dan Azwar kelihatan kepenatan. Penat bermain pantai... Hehehehe
Ikuti Percutian ke Pulau Pangkor hari ketiga dalam entry seterusnya.
Galeri gambar:
|
Sarapan dulu |
|
Kota Belanda |
|
Sesi bergambar di Kota Belanda |
|
Gerai jualan di Kota Belanda |
|
Bangunan pemerhati |
|
Pekan Pulau Pangkor |
|
Pantai Teluk Nipah |
|
Cantik pemandangan di sini |
|
Baby Auni pun hendak main pasir? |
EmoticonEmoticon