18 November 2012

Percutian ke Pulau Pangkor - Hari Pertama

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa aktiviti cuti sekolah anda?
Sop dan keluarga hanya bercuti ke Pulau Pangkor seperti entry sebelum ini. Agak lama juga Sop tidak melawat Pulau Pangkor. Kali terakhir ialah pada 5 tahun yang lepas atas urusan kerja.

Perancangan ke Pulau Pangkor hanya dibuat pada 2 minggu lepas selepas perbatalan perancangan untuk ke Legoland Malaysia. Nasib baik masih ada hotel yang kosong untuk tempahan. Maklum sahaja masa cuti sekolah dan cuti perayaan, mesti ramai yang bercuti ke Pulau Pangkor bukan?

Kami telah membuat tempahan di Hotel Puteri Bayu untuk 3 hari 2 malam. Review mengenai Hotel Puteri Bayu akan menyunsul dalam entry berikutnya.

Pulau Pangkor
Hanya berpandukan papan tanda ke Pulau Pangkor
Perjalanan ke Pulau Pangkor bermula pada jam 9.00 pagi dari Kuala Lumpur. Sop tidak tahu sangat jalan hendak ke Lumut. Berdasarkan review, ada yang mencadangkan menggunakan laluan dari Bidor terus ke Lumut. Sop pakai redah sahajalah. Perjalanan berjalan lancar sehingga ke Lumut walaupun dengan santai sahaja memandu. Sempat juga singgah makan Restoran Nasi Kandar murah di Langkap, Perak.

Kami tiba di Jeti Lumur pada jam 2.30 petang dan terus parkir kereta di Tempat Letak Kereta Awam Lumut. Kenderaan agak penuh tetapi nasib baik ada yang keluar dan masuk. Kurang sedikit panas kereta parkir kereta di bawah bumbung kan?

Pulau Pangkor
Baby Auni tidak kena tiket yer,, hehhee
Di Jeti Lumut, kami terus mendapatkan tiket feri yang akan bertolak pada jam 3.15 petang. Ketika naik feri, penumpang telah ramai di atas feri. Ramai juga yang bercuti ke Pulau Pangkor hari tersebut. Azfar dan Azwar teruja dapat naik feri!

Dari Jeti Pulau Pangkor, kami ke Hotel Puteri Bayu dengan menaiki van teksi. Kos dikenakan ialah RM10 untuk sebuah van. Jarak dari Jeti Pulau Pangkor ke hotel tidak begitu jauh kerana Hotel Puteri Bayu terletak di Pantai Pasir Bogak sahaja.

Puteri Bayu Beach Resort
Puteri Bayu Beach Resort
Selepas daftar masuk hotel dan segarkan badan, kami hanya meronda di sekitar Pantai Pasir Bogak sahaja. Azfar dan Azwar sempat bermain pasir kekejab dan kemudian meronda melihat kedai-kedai sekitar pantai. Kami juga terus membeli makanan untuk makan malam.

Pantai Pasir Bogak
Sempat bermain pasir di Pantai Pasir Bogak
Sebelah malamnya, kami hanya berehat dan merancang untuk aktiviti keesokkannya. Malam tersebut, kami telah membuat tempahan kereta sewa untuk digunakan esok. Kos untuk sewa kereta ketika cuti sekolah ialah RM80. Jika cuti sekolah + cuti umum, harga sewa kereta ialah RM100. Adalah perlu untuk sewa kereta untuk aktiviti meronda sekitar Pulau Pangkor. Jika menggunakan van/teksi untuk melawat Pulau Pangkor, harga yang dikenakan ialah RM80 untuk 3 jam/lawatan seluruh Pulau Pangkor. Baik sewa dan bawa sendiri bukan?

Ikuti aktiviti hari kedua Percutian Pulau Pangkor dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:


Jeti Lumut
Medan tempat ketak kereta
Terminal Jeti Lumut
Sesi bergambar :)

Feri ke Pulau Pangkor

Perlu menolak beg ke feri

Teruja Azfar hendak naik feri

Sempat melihat permandangan sekitar jeti

Permandangan dari jeti

Berebut untuk berada di tepi tingkap

Pengalaman pertama Baby Auni naik feri

Dalam van untuk ke hotel

Ronda sekitar Pantai Pasir Bogak

Baby Auni hendak main pasir?
  
Baru intro main pasir di hari pertama

Pintu masuk hotel


EmoticonEmoticon