Masa untuk bermain roller skate
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Agak lama tidak bawa anak-anak bermain roller skate. Biasa bawa anak-anak bermain di Tasik Titiwangsa tetapi kali ini hanya bermain di laman kawasan rumah. Sop sendiri belum mempunyai roller skate, itu yang menyebabkan kurang bersemangat untuk ke Tasik Titiwangsa. Lagipun skill anak-anak belum mantap, masih merangkak-rangkak untuk berjalan.
Bermain roller skate ini bagus untuk kesihatan kerana sangat berpeluh. Malah boleh belajar mengimbangkan badan. Skill sangat diperlukan.
Bila agaknya Sop boleh dapat 1 juga inline skate untuk bermain juga :)
EmoticonEmoticon